Permulaan sebuah Krew Pengakap Kelana bukanlah
suatu perkara yang mudah.
Ini adalah kerana ia melibatkan anggota yang berbilang bangsa dan agama.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti untuk mendaftarkan sesebuah Kumpulan Pengakap Kelana.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti untuk mendaftarkan sesebuah Kumpulan Pengakap Kelana.
Langkah Pertama
·
Mengadakan suatu
perjumpaan di antara mereka yang ingin menjadi Pengakap Kelana.
·
Mendapatkan
nama penuh dan butiran peribadi mereka.
·
Jika boleh, jemput
Pesuruhjaya Pengakap Daerah atau Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Kelana)
menghadiri perjumpaan ini.
·
Menerangkan kepada
mereka tentang tujuan dan aktiviti
Program Latihan Pengakap Kelana.
Program Latihan Pengakap Kelana.
Langkah Kedua
· Mendapatkan
seseorang yang berusia 26 tahun dan ke atas yang berminat dan bertanggungjawab untuk dilantik menjadi
Penasihat Krew Pengakap Kelana.
· Sekiranya terdapat
ahli-ahli perempuan dalam Krew tersebut, seorang Penolong Pemimpin Wanita
hendaklah dilantik.
Langkah Ketiga
· Dapatkan kebenaran
Pesuruhjaya Pengakap Daerah, untuk menubuhkan
Krew Pengakap Kelana tersebut.
Krew Pengakap Kelana tersebut.
Langkah Keempat
· Melengkapkan
borang-borang yang berkenaan.
· Menyerahkan borang tersebut kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah untuk dikemukakan kepada Pesuruhjaya Pengakap
Negeri.
·
Menjalankan
satu perjumpaan khas:
·
Setiap ahli diberi buku
panduan Pengakap Kelana
·
Melantik ahli
jawatankuasa
·
Menetapkan
satu hari untuk menjalankan mesyuarat Krew.
·
Menetapkan
yuran Krew.
Langkah Kelima
·
Sekiranya
Krew tersebut ditubuhkan di sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) atau syarikat, dapatkan penganjur untuk
mengisi jawatan Majlis Jawatankuasa Kumpulan.
Langkah Keenam
·
Dapatkan
borang pendaftaran dan permohonan tauliah pemimpin daripada Pesuruhjaya Pengakap Daerah ataupun Ibu Pejabat
Pengakap yang berhampiran.
·
Borang yang lengkap ditandatangani
oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah berserta yuran pendaftaran hendaklah dihantar
ke Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.