Sepintas lalu mengenai Pasukan Pengakap Kelana A Daerah Kuala Muda atau dikenali sebagai ABLE ROVERS adalah kelana terbuka di Daerah Kuala Muda. Able Rovers ditubuhkan pada 19 Julai 2011. Kumpulan ini amat aktif di Daerah Kuala Muda. Pada permulaan perancangan penubuhan krew dicadangkan sejak tahun 2008, tetapi diatas faktor kekangan penubuhan krew terpaksa ditangguhkan. Pada 15 Mei 2011 Perbincangan semula penubuhan krew telah diadakan. En Syafik Asyraf Bin Haris dan En Mohd Izzan Bin Mansor di beri kepecayaan oleh Pn Rohana bt Mohd Nor Pesuruhjaya Daerah Kuala Muda dan En Mustafa bin Marzuki Penolong Pesuruhjaya Daerah Bahagian Kelana untuk menubuhkan Krew Kelana A Kuala Muda, diatas kemahiran dan pengalaman yang mereka ada, mereka berjaya menubuhkan Pasukan Pengakap Kelana A Kuala Muda dengan kebenaran dan kelulusan Pesuruhjaya Daerah Kuala Muda, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah dan seterusnya kelulusan dari Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia. Pasukan ini di beri nombor pendaftaran M 10257. Dari segi keahlian krew ini sudah mengenali antara satu sama lain sejak tahun 2005. Keahlian krew Able Rovers terdiri dari kakitangan kerajaan, swasta, pelajar IPTA/IPTS, pelajar sekolah tingkatan 6 dan ahli berseorangan yang minat didalam aktiviti kepengakapan.
ABLE ROVERS mempunyai maksud yang tersendiri “able” bermaksud kebolehan dan “rovers” ialah kelana. Bila digabungkan menjadi kelana kebolehan. Latar belakang ahli Able Rovers terdiri dari bekas pemimpin KLKM dan ahli KLKM, bekas Pemimpin dan Penolong Pemimpin Daerah, Pengakap Raja dan Bekas ahli Kelana Daerah lain. Kebanyakan ahli krew telah mempunyai manikayu. ABLE ROVERS mempunyai kelebihan kerana mempunyai hubungan yang baik dengan KLKM IPT terutamanya KLKM Kolej Universiti Insaniah kerana kesemua Jurulatih, dan pemimpin adalah orang orang kuat di sebalik tabir ABLE ROVERS Kuala Muda. Dari segi keanggotaan pula, ahli KLKM yang telah menamatkan Kelas KO K Kelanasiswa akan diserap untuk menyertai ABLE ROVERS segala ilmu yang telah mereka perolehi semasa kelas teori akan mereka pratikkan di dalam pasukan ABLE ROVERS. INSYALLAH dengan cara Able Rovers ini Daerah Kuala Muda tidak akan kehilangan kelana malah akan bertambah dari tahun ke tahun. Selain itu keahlian juga di buka kepada semua yang berumur 18 tahun ke atas yang berada di kawasan Kuala Muda.
Dari segi aktiviti, sebelum penubuhan krew kelana ini lagi able rovers telah menjalankan pelbagai aktiviti antaranya Pendakian ke Gunung Jerai, Lawatan ke Agensi Kerajaan. Perkhemahan berlencana Pengakap Kanak-Kanak, Muda, Remaja dan Kelana, Bantuan Sukarelawan Bencana Alam dan banyak lagi.
Tahun 2012 Pasukan Pengakap Kelana A Kuala Muda Lebih menumpu kepada program berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan dengan melancarkan Program Jelajah Jejak Kemiskinan dalam usaha membantu warga yang memerlukan dan menceriakan kehidupan mereka. Selain itu juga, Pasukan Pengakap Kelana A Kuala Muda dalam usaha mempromosikan semula Pasukan Pengakap Kelana kepada masyarakat di Daerah Kuala Muda khasnya dan secara tidak langsung menaikkan semula zaman kegemilangan pengakap kelana di Daerah Kuala Muda. Pasukan Pengakap Kelana A Kuala Muda mengutamakan bekerja didalam satu pasukan demi menaikkan imej dan nama baik pasukan dan bukannya demi orang perseorangan. Kelana A Kuala Muda mengamalkan sikap BIASAKAN YANG BETUL DAN BETULKAN YANG BIASA.
ABLE ROVERS SEDAYA UPAYA AKAN MELAHIRKAN LEBIH RAMAI KREW YANG BERKUALITI DEMI MENAIKKAN SEMULA IMEJ DAN NAMA BAIK PASUKAN PENGAKAP KELANA DI NEGERI KEDAH. INSYAALLAH