LENCANA KEMAHIRAN
Lencana ini
dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan
dan aktiviti luar dengan memperlihatkan
tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan seperti berkhemah,
projek perintis, ikhtiar hidup dan pandu arah.
A. Berkhemah
1. Pengetahuan dan
kebolehan berkhemah secara teori dan praktikal berdasarkan tajuk-tajuk berikut:
a. Pengurusan dan pentadbiran perkhemahan
b. Persediaan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan
c. Pemilihan tempat dan tapak, penyediaan peralatan dan makanan
d. Jenis khemah dan cara mendirikannya
e. Dapur, alatan dan Gejet serta kegunaannya
f. Aktiviti dan program perkhemahan
g. Kesihatan dan Kebersihan
h. Aturan Penutupan Perkhemahan
2. Nota: Perkara yang perlu dibuat
oleh setiap calon:
- Berkhemah
seminima 10 malam di dalam siri-siri perkhemahan dan
menyediakan laporan perkhemahan. - Mendirikan khemah kecil / pondok untuk perlindungan.
B. Projek
Perintis
1. Mengambil bahagian berkumpulan membuat SATU projek perintis bagi setiap
kategori yang dinyatakan di bawah:
·
Jambatan.
·
Menara.
· Lain-lain (merangkumi projek perintis pengangkutan,
permainan dan selain daripada yang dinyatakan di atas)
2. Menyediakan model bagi semua
projek perintis yang telah dibina dalam bahagian (1)
3. Pengurusan Kuartermaster:
Menyatakan, memahami dan menjalankan peranan sebagai Kuartermaster yang
menguruskan segala peralatan dan bahan projek perintis supaya berada dalam
keadaan baik, teratur dan selamat
C. Kawad
1. Mengetahui tatacara dan hukuman
kawad
- Kawad Kaki
Pengakap
- Kawad
Tongkat Pengakap
- Mengetahui dan memenuhi segala syarat untuk menjadi seorang Ketua Kawad
D. Orienteering
1. Mengetahui asas
orienteering dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai
siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.
siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.
E. Ikhtiar
Hidup
1. Mengetahui asas
ikhtiar hidup dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai
siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.
siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.
F. Penganggaran
1. Mengetahui
sistem penganggaran dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan
dan aktiviti yang dijalankan.
LENCANA PERKHIDMATAN
Lencana ini
dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, ilmu
pengetahuan dan kecekapan dengan memperlihatkan tahap
tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan.
A. Bantu Mula – wajib
1. Calon dikehendaki mengikuti latihan atau kursus yang diakui oleh mana-mana
persatuan atau mana-mana Pegawai Perubatan bertauliah yang mengendalikan
latihan rawatan dan pertolongan cemas dalam jangka masa tertentu.
2. Calon hendaklah mempunyai pengetahuan berkenaan seperti butiran dibawah
dan juga mempunyai kemahiran bertindak memberi rawatan kecemasan:
dan juga mempunyai kemahiran bertindak memberi rawatan kecemasan:
- Mengetahui
tujuan dan peraturan rawatan kecemasan dan keadaan yang memerlukannya.
- Mengetahui
dan memahami struktur tubuh badan dan peranannya.
- Mengetahui
peredaran darah manusia serta jenis pembuluh.
- Mengetahui
jenis-jenis luka serta jenis pembalutan serta cara menghentikan pendarahan
dari mulut, hidung dan telinga.
- Mengetahui
cara merawat gigitan serangga, binatang kecil dan binatang berbisa.
- Mengetahui
punca dan cara merawat keracunan daripada makanan, bahan kimia dan
lain-lain.
- Mengetahui
sistem pernafasan manusia dan merawat permasalahan bantu mula bagi
permasalahan berkaitan dengan sistem pernafasan.
- Mengetahui
dan mengaplikasikan teknik pemulihan pernafasan.
- Mengetahui
dan merawat jenis patah tulang dan anduhan serta cara memindahkan mangsa
yang cedera.
- Mengetahui Peti Pertolongan Cemas serta alatan di dalamnya.
B. Kebajikan
Am - Wajib
1. Menganjurkan
suatu projek Perkhidmatan Masyarakat yang melibatkan masyarakat setempat
DAN ( Minima SATU daripada Bahagian C dan D )
C. Pemelihara Alam Sekitar
1. Calon dikehendaki berhubung dengan Pesuruhjaya Daerah
atau Jawatankuasa Program Daerah untuk menentukan projek-projek kempen
pemeliharaan alam sekitar yang dapat dijalankan di tempat masing-masing dalam
tempoh 3 bulan
2. Antara projek-projek yang
disyorkan adalah seperti:-
- Kempen
Kebersihan Alam Sekitar
- Kempen Kitar
Semula
- Kempen Kawasan Angkat Krew
D. Kebajikan
·
Menjalankan projek bantuan yang boleh disampaikan kepada
mangsa bencana alam.
· Menjalankan Projek Anak Angkat Krew Pengakap Kelana
samada kepada Kumpulan-kumpulan Pengakap atau kawasan-kawasan yang bersesuaian
untuk perkhidmatan berterusan.
·
Menderma darah seminimum 3 kali kepada hospital Kerajaan
atau
Pusat Darah Negara serta mempunyai rekod yang sah.
Pusat Darah Negara serta mempunyai rekod yang sah.
·
Menjalankan perkhidmatan di Rumah-Rumah Kebajikan.
LENCANA
PENGEMBARAAN
Lencana ini
dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kegiatan dan aktiviti pengembaraan dengan memperlihatkan
tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan pengembaraan tersebut.
A. Pengembaraan
1. Menjalankan salah SATU daripada pilihan pengembaraan berikut:
·
Berjalan kaki sejauh 60km (masa bermalam: minima 2 malam)
- Berdayung
sampan/kayak/rakit sejauh 30km (masa bermalam: minima 2 malam)
- Berbasikal
sejauh 100km (masa bermalam: minima 2 malam)
- Bermotorsikal
sejauh 500km (masa bermalam: minima 2 malam)
- Berkereta
sejauh 800km (masa bermalam: minima 2 malam)
- Berkenderaan awam (bas/kereta api) sejauh 1000km
(masa bermalam: minima 2 malam)
*Semua perjalanan di atas hendaklah
merangkumi tidak kurang dari 3 perjalanan kecil yang berasingan dan berbeza
keadaan geografinya
B. Laporan
Pengembaraan
1. Menyediakan
buku log pengembaraan yang lengkap dan dikemaskini yang disertakan bahan
sokongan seperti gambar, lakaran, peta, rakaman video dan menyerahkan kepada
penilai di dalam tempoh 15 hari selepas tamat pengembaraan.
2. Bahan sokongan
seperti gambar, gambar rajah, peta, rakaman video dan seumpamanya hendaklah
diserahkan kepada Penilai bersama Buku Log Pengembaraan.
C. Persediaan
Perjalanan
1. Setiap pengembaraan perlu ada persediaan dan
destinasi hendaklah dirancang terlebih dahulu.
2. Tempat-tempat sejarah dan rekreasi, perusahaan kampung, penghidupan
kelompok kecil, penempatan orang asli dan tempat
yang boleh memberi cabaran eloklah dimasukkan ke dalam program
pengembaraan.
3. Rancangan
pengembaraan hendaklah dipersetujui oleh Ketua
Kelana, Ketua Kelana hendaklah memberi nasihat, panduan serta peraturan
bagi memastikan pengurusan pengembaraan itu mengikut cara berpengakap.
4. Mesti mengetahui
cara menyediakan Buku Log Pengembaraan. Pekara penting yang wajib ada :-
a.
Tarikh, masa, dan tempat, waktu tiba dan waktu berlepas.
b.
Peta pengembaraan dan gambaran
keadaan alam semula jadi.
c.
Rekod temu ramah,
kajian, dan pendapat.
d.
Projek ( jika
dikehendaki membuat projek, lokasi, penyertaan masyarakat, masalah, kejayaan.)
e.
Cetusan rasa digambarkan
melalui lukisan, foto,rakaman, video, puisi dan
sebagainya.
f. Langkah
keselamatan hendaklah diutamakan. (penilaian dan risiko )
D. Peringatan
1. Calon
boleh melaksanakan pengembaraan di dalam satu krew di antara 2 hingga 4 orang sahaja. Pemakluman Pengembaraan dan kebenaran Pesuruhjaya Daerah serta
pihak berkuasa (Polis, Jabatan Hutan,) hendaklah diperoleh sebelum pengembaraan
dimulakan.
2. Calon hendaklah
sentiasa menjaga imej Pengakap Kelana dan juga menunjukkan contoh teladan yang
baik kepada masyarakat.
E. Kajicuaca
1. Calon
hendaklah mencatatkan pemerhatian keadaan cuaca di sepanjang pengembaraan
dengan format yang lengkap seperti catatan keadaan cuaca semasa, kedudukan arah
angin, bacaan suhu, ketinggian (altitude), jenis awan dan lain-lain yang
berkaitan dengannya.
BAHAGIAN
DUA (1 LENCANA PILIHAN)
LENCANA KEPIMPINAN
Lencana ini
dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran,
kepimpinan dan pengurusan dengan
memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program seperti Kursus,
Seminar, Bengkel, Campfire Night.
1. Menjalankan salah satu daripada
perkara-perkara berikut:
A. Kursus Kepimpinan Manik Kayu
1. Menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu sehingga
Modul B.
ATAU
B. Pengurusan Acara
1. Mengetuai
sebuah Jawatankuasa atau mengambil bahagian dalam sebuah jawatankuasa
penganjuran sesuatu acara contohnya ; Perkhemahan Daerah, Jambori, Perhimpunan
Kelana, Forum, Seminar, Bengkel, Kursus dan lain-lain.
ATAU
C. Kursus Pemantapan
1. Menghadiri
kursus pemantapan dan kecemerlangan diri contohnya; Kursus Motivasi, Kursus
Pengurusan Masa, Kursus Pendidikan Kesihatan dan lain-lain.
ATAU
D. Komunikasi dan Pengucapan Awam
1. Menghadiri
kursus Pengucapan Awam dan Komunikasi yang dianjurkan oleh
pihak yang bertauliah.
pihak yang bertauliah.
ATAU
E. Pentadbiran
1. Menjawat
jawatan pentadbiran dan di dalam mana-mana Persatuan yang diiktiraf dan sah
dari undang-undang.
ATAU
F. Anugerah
Kepimpinanan
1. Menerima
Anugerah Kepimpinan daripada mana-mana organisasi dan agensi contohnya;
Anugerah Kepimpinan Perdana, Anugerah Remaja Perdana,
Anugerah Kepimpinan Belia dan lain-lain.
Anugerah Kepimpinan Belia dan lain-lain.
LENCANA
ICT
Lencana ini
dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan
dan aktiviti luar dengan memperlihatkan
tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan perkhidmatan.
A. Teknologi
Maklumat
1. Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
- Mengetahui
perkara-perkara asas berkenaan pengendalian komputer.
- Boleh
melayari internet menggunakan enjin pencarian untuk proses pencarian
maklumat.
- Menyediakan
sebuah persembahan / laporan / log yang sesuai dengan menggunakan
perisian-perisian berikut bagi:
o
Windows, Linux, Macintosh.
o
Microsoft Office Word, Excel dan Power Point.
- Menghasilkan sebuah persembahan multimedia.
- Menghasilkan
dan mentadbir sebuah laman web seminima 3 bulan.
ATAU
B. Komunikasi dan Perhubungan
1. Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
- Mengirim
berita menggunakan Kod Morse (Lampu atau buzzer) dengan kelajuan seminima 15 perkataan seminit.
- Mengirim
berita menggunakan isyarat bendera Semaphore dengan kiraan seminima 25
perkataan seminit.
- Lulus
peperiksaan Lesen B Radio Amatur yang dianjurkan oleh
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
ATAU
C. Perhubungan
Antarabangsa
1. Melibatkan diri
secara aktif di dalam mana-mana aktiviti Kelana
peringkat antarabangsa atau menjalankan aktiviti yang menghubungkan persaudaraan di antara Kelana Malaysia dan Kelana-Kelana Antarabangsa.
peringkat antarabangsa atau menjalankan aktiviti yang menghubungkan persaudaraan di antara Kelana Malaysia dan Kelana-Kelana Antarabangsa.
LENCANA
EKSTREM
Lencana ini
dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan
dan aktiviti lasak luar seperti mendaki, menyelam, eksplorasi,
berakit dan aktiviti ekstrem dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam
melaksanakan program dan kegiatan tersebut.
1. Telah
melibatkan diri seminima TIGA kali
di dalam mana-mana SATU daripada
kegiatan ekstrem dibawah:
- Mendaki Gunung.
- Menyelam Skuba (Scuba Diving).
- Berakit di Air Deras (White
Water Rafting)
- Berkayak di Laut / Sungai (Kayaking)
- Eksplorasi gua (Caving)
- Wall / Rock
Climbing
- Paintball dan Sukan-sukan Ekstrem yang lain
- Lain-lain aktiviti yang dinilai berkaitan dengan aktiviti ekstrem
LENCANA
PENYELAMAT NYAWA
Lencana ini
dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran dan ilmu
pengetahuan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan perkhidmatan
penyelamatan nyawa, khidmat bantu mula, pengurusan risiko dan ikhtiar hidup.
1. Memiliki salah
satu daripada empat kelayakan menyelamat nyawa seperti dibawah dan sentiasa
bersiap sedia di dalam memberikan perkhidmatan;
- Outdoor Survival.
- Pertolongan Cemas peringkat tertinggi (Advance)
- Bronze Cross
- Risk Management
Course
LENCANA
KEUSAHAWANAN
Lencana ini
dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran tahap
tertinggi, kegiatan dan rancangan
seperti penternakan, perikanan, pertanian, perladangan dan perniagaan dengan
memperlihatkan dalam melaksanakan program dan perkhidmatan.
1. Menjalankan
salah satu daripada aktiviti-aktiviti keusahawanan seperti berikut selama
seminima enam bulan dan menyediakan penyata kewangan yang lengkap dan disahkan;
- Penternakan
- Perikanan
- Pertanian / Perladangan
- Perniagaan
ANUGERAH
B-P
1.
Setelah seseorang Pengakap Kelana itu telah memenuhi dan
mencapai syarat-syarat Lencana-Lencana Pengakap Kelana iaitu Lencana (wajib)
dan lencana (pilihan), Pengakap Kelana itu akan dianugerahkan Anugerah B-P.
2. Untuk mendapatkan Anugerah B-P ini, Pengakap Kelana tersebut hendaklah
berumur di antara 18 hingga 25 tahun sahaja.
3. Borang Pencalonan Anugerah B-P akan disediakan oleh pihak Ibu Pejabat
Persekutuan Pengakap Malaysia.
4. Sijil dan Anugerah B-P ini, akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan
Pengakap Malaysia.