Tujuan dan prinsip pergerakan Pengakap dinyatakan
dalam bentuk yang lebih kukuh dalam objektif Pengakap Kelana. Matlamat ini
menjelaskan maksud di sebalik program Pengakap
Kelana dan memperoleh penjelasan dalam aktiviti setiap
Krew Pengakap Kelana.
Matlamat Pengakap Kelana adalah untuk:
·
Memperkenalkan
kerakyatan yang aktif.
·
Memberikan
perkhidmatan kepada masyarakat dan negara.
·
Melengkapkan ahli-ahli
dengan cabaran dan peluang untuk meningkatkan kebolehan diri sendiri.
·
Membolehkan
ahli-ahli melengkapkan diri mereka dengan kehidupan yang lebih memuaskan dan berfaedah.
·
Mengambil bahagian
dengan aktif dalam peningkatan pergerakan Pengakap.
Perkhidmatan
Matlamat ini jelas menunjukkan bahawa khidmat
kepada masyarakat mempunyai peranan penting dalam pergerakan Pengakap Kelana.
Tema perkhidmatan Pengakap Kelana adalah keperluan untuk mematuhi prinsip
Pengakap dan tuntutan ke atas janji Pengakap Kelana iaitu Menolong orang pada
setiap masa.
Kita mendapat banyak manfaat daripada masyarakat
sekeliling. Perkhidmatan Pengakap Kelana kepada masyarakat dan pergerakan
Pengakap adalah jalan terbaik untuk memberikan sedikit pulangan balik kepada
masyarakat. Cogan kata Pengakap Kelana ialah “BERKHIDMAT” dan oleh yang
demikian, Pengakap Kelana harus sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan
kepada semua.
Peningkatan Semangat
Polisi pergerakan Pengakap, yang merangkumi
ahli-ahli daripada pelbagai agama adalah: setiap ahli harus meningkatkan
perhubungan mereka dengan nilai semangat kehidupan, daripada kesetiaan untuk
semangat dasarnya melalui ketaatan kepada agama yang menunjukkan kepada mereka
melalui penerimaan hasil kerja mereka sendiri.
Pendekatan pelajaran pergerakan Pengakap termasuk
membantu golongan muda untuk mengecap dunia harta benda dan nilai semangat
dalam kehidupan.
TUJUAN PENGAKAP KELANA
Sepertimana dengan bahagian-bahagian lain dalam
Persekutuan Pengakap Malaysia,
Pengakap Kelana juga mempunyai tujuan-tujuannya tersendiri di mana ia dilakukan mengikut pandangan seorang dewasa.
Tujuan-tujuan adalah seperti berikut:
1. Membentuk warganegara
yang taat kepada Negara.
Malaysia adalah sebuah negara yang
berbilang kaum dan agama yang
diketuai oleh seorang Yang Dipertuan Agong. Yang Dipertuan Agong merupakan simbol kedaulatan undang-undang
negara. Pengakap Kelana adalah diingatkan supaya
mempertahankan undang-undang dan dasar-dasar
negara untuk memastikan keamanan dan kestabilan negara.
2. Meninggikan Persaudaraan
antara Pengakap-Pengakap Sedunia.
Pengakap Kelana adalah ahli
Pergerakan Pengakap Sedunia yang telah ditubuhkan untuk
memastikan ahli-ahlinya menjadi warganegara dunia
yang berguna dan berkebolehan. Semua Pengakap Kelana adalah sahabat dan
saudara antara satu sama lain. Setakat ini, lebih daripada 250 juta orang di
seluruh dunia pernah menjadi Pengakap.
3. Persaudaraan Aktiviti-aktiviti
Luar
Pengakap ditubuhkan untuk
menggalakkan belia-belia melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti luar seperti berkhemah, mengembara dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti tersebut melatih seseorang
itu menjadi seorang yang berpengalaman dan boleh bergantung kepada
dirinya sendiri dan seterusnya membantu orang lain. Sistem Latihan Pengakap
Kelana menggalakkan semua ahlinya melatih diri sendiri dalam kemahiran luar.
4. Perkhidmatan Masyarakat
Dalam pembentukan warganegara yang
berguna, Pengakap Kelana itu
diwajibkan berkhidmat kepada masyarakatnya dengan tujuan untuk keamanan dan kedamaian masyarakat.
5. Fikiran Progresif Antara
Belia
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia memandang ke arah golongan belianya untuk menjadi
pemimpinpemimpin masa depan. Dengan melibatkan diri dalam hal ehwal
masyarakat, seorang Pengakap Kelana diharap dapat memainkan peranan yang
penting dalam pembangunan negara. Ini dapat dilaksanakan
dengan pelbagai cara seperti melanjutkan pelajaran, melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti yang tiada kaitan unsur politik, ataupun berkhidmat
kepada masyarakat.
6. Berdikari
Undang-undang Pengakap yang
kesebelas yang dicatatkan, iaitu “Seorang
Pengakap itu bukannya bodoh”. A Scout is not a fool. Dalam latihan Pengakap Kelana, seseorang itu diwajibkan memperoleh tabiat berdikari dan dipastikan supaya menjalankan
tugas-tugasnya dengan seberapa daya upaya yang boleh.
7. Perlindungan
Alam Semulajadi
Dengan pembangunan yang pesat, kita
kehilangan sebahagian daripada alam semula jadi kita. Alam semula jadi adalah
tempat di mana aktiviti-aktiviti berpengakap
dijalankan. Dengan kesedaran ini, Pengakap Kelana diharapkan memainkan peranannya untuk melindungi
alam semula jadinya dengan sebaik mungkin.