Thursday, 30 August 2012
Saturday, 25 August 2012
Dipetik dari SINAR HARIAN (KUALA MUDA)
Dipetik pada 25 Ogos 2012
Dipetik pada 2 April 2012
Renung renungkanlah Krew ABLE ROVERS
Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.
Thursday, 23 August 2012
PENDAFTARAN KUMPULAN PENGAKAP KELANA
Permulaan sebuah Krew Pengakap Kelana bukanlah
suatu perkara yang mudah.
Ini adalah kerana ia melibatkan anggota yang berbilang bangsa dan agama.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti untuk mendaftarkan sesebuah Kumpulan Pengakap Kelana.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti untuk mendaftarkan sesebuah Kumpulan Pengakap Kelana.
Langkah Pertama
·
Mengadakan suatu
perjumpaan di antara mereka yang ingin menjadi Pengakap Kelana.
·
Mendapatkan
nama penuh dan butiran peribadi mereka.
·
Jika boleh, jemput
Pesuruhjaya Pengakap Daerah atau Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Kelana)
menghadiri perjumpaan ini.
·
Menerangkan kepada
mereka tentang tujuan dan aktiviti
Program Latihan Pengakap Kelana.
Program Latihan Pengakap Kelana.
Langkah Kedua
· Mendapatkan
seseorang yang berusia 26 tahun dan ke atas yang berminat dan bertanggungjawab untuk dilantik menjadi
Penasihat Krew Pengakap Kelana.
· Sekiranya terdapat
ahli-ahli perempuan dalam Krew tersebut, seorang Penolong Pemimpin Wanita
hendaklah dilantik.
Langkah Ketiga
· Dapatkan kebenaran
Pesuruhjaya Pengakap Daerah, untuk menubuhkan
Krew Pengakap Kelana tersebut.
Krew Pengakap Kelana tersebut.
Langkah Keempat
· Melengkapkan
borang-borang yang berkenaan.
· Menyerahkan borang tersebut kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah untuk dikemukakan kepada Pesuruhjaya Pengakap
Negeri.
·
Menjalankan
satu perjumpaan khas:
·
Setiap ahli diberi buku
panduan Pengakap Kelana
·
Melantik ahli
jawatankuasa
·
Menetapkan
satu hari untuk menjalankan mesyuarat Krew.
·
Menetapkan
yuran Krew.
Langkah Kelima
·
Sekiranya
Krew tersebut ditubuhkan di sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) atau syarikat, dapatkan penganjur untuk
mengisi jawatan Majlis Jawatankuasa Kumpulan.
Langkah Keenam
·
Dapatkan
borang pendaftaran dan permohonan tauliah pemimpin daripada Pesuruhjaya Pengakap Daerah ataupun Ibu Pejabat
Pengakap yang berhampiran.
·
Borang yang lengkap ditandatangani
oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah berserta yuran pendaftaran hendaklah dihantar
ke Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.
MATLAMAT PENGAKAP KELANA
Tujuan dan prinsip pergerakan Pengakap dinyatakan
dalam bentuk yang lebih kukuh dalam objektif Pengakap Kelana. Matlamat ini
menjelaskan maksud di sebalik program Pengakap
Kelana dan memperoleh penjelasan dalam aktiviti setiap
Krew Pengakap Kelana.
Matlamat Pengakap Kelana adalah untuk:
·
Memperkenalkan
kerakyatan yang aktif.
·
Memberikan
perkhidmatan kepada masyarakat dan negara.
·
Melengkapkan ahli-ahli
dengan cabaran dan peluang untuk meningkatkan kebolehan diri sendiri.
·
Membolehkan
ahli-ahli melengkapkan diri mereka dengan kehidupan yang lebih memuaskan dan berfaedah.
·
Mengambil bahagian
dengan aktif dalam peningkatan pergerakan Pengakap.
Perkhidmatan
Matlamat ini jelas menunjukkan bahawa khidmat
kepada masyarakat mempunyai peranan penting dalam pergerakan Pengakap Kelana.
Tema perkhidmatan Pengakap Kelana adalah keperluan untuk mematuhi prinsip
Pengakap dan tuntutan ke atas janji Pengakap Kelana iaitu Menolong orang pada
setiap masa.
Kita mendapat banyak manfaat daripada masyarakat
sekeliling. Perkhidmatan Pengakap Kelana kepada masyarakat dan pergerakan
Pengakap adalah jalan terbaik untuk memberikan sedikit pulangan balik kepada
masyarakat. Cogan kata Pengakap Kelana ialah “BERKHIDMAT” dan oleh yang
demikian, Pengakap Kelana harus sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan
kepada semua.
Peningkatan Semangat
Polisi pergerakan Pengakap, yang merangkumi
ahli-ahli daripada pelbagai agama adalah: setiap ahli harus meningkatkan
perhubungan mereka dengan nilai semangat kehidupan, daripada kesetiaan untuk
semangat dasarnya melalui ketaatan kepada agama yang menunjukkan kepada mereka
melalui penerimaan hasil kerja mereka sendiri.
Pendekatan pelajaran pergerakan Pengakap termasuk
membantu golongan muda untuk mengecap dunia harta benda dan nilai semangat
dalam kehidupan.
TUJUAN PENGAKAP KELANA
Sepertimana dengan bahagian-bahagian lain dalam
Persekutuan Pengakap Malaysia,
Pengakap Kelana juga mempunyai tujuan-tujuannya tersendiri di mana ia dilakukan mengikut pandangan seorang dewasa.
Tujuan-tujuan adalah seperti berikut:
1. Membentuk warganegara
yang taat kepada Negara.
Malaysia adalah sebuah negara yang
berbilang kaum dan agama yang
diketuai oleh seorang Yang Dipertuan Agong. Yang Dipertuan Agong merupakan simbol kedaulatan undang-undang
negara. Pengakap Kelana adalah diingatkan supaya
mempertahankan undang-undang dan dasar-dasar
negara untuk memastikan keamanan dan kestabilan negara.
2. Meninggikan Persaudaraan
antara Pengakap-Pengakap Sedunia.
Pengakap Kelana adalah ahli
Pergerakan Pengakap Sedunia yang telah ditubuhkan untuk
memastikan ahli-ahlinya menjadi warganegara dunia
yang berguna dan berkebolehan. Semua Pengakap Kelana adalah sahabat dan
saudara antara satu sama lain. Setakat ini, lebih daripada 250 juta orang di
seluruh dunia pernah menjadi Pengakap.
3. Persaudaraan Aktiviti-aktiviti
Luar
Pengakap ditubuhkan untuk
menggalakkan belia-belia melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti luar seperti berkhemah, mengembara dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti tersebut melatih seseorang
itu menjadi seorang yang berpengalaman dan boleh bergantung kepada
dirinya sendiri dan seterusnya membantu orang lain. Sistem Latihan Pengakap
Kelana menggalakkan semua ahlinya melatih diri sendiri dalam kemahiran luar.
4. Perkhidmatan Masyarakat
Dalam pembentukan warganegara yang
berguna, Pengakap Kelana itu
diwajibkan berkhidmat kepada masyarakatnya dengan tujuan untuk keamanan dan kedamaian masyarakat.
5. Fikiran Progresif Antara
Belia
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia memandang ke arah golongan belianya untuk menjadi
pemimpinpemimpin masa depan. Dengan melibatkan diri dalam hal ehwal
masyarakat, seorang Pengakap Kelana diharap dapat memainkan peranan yang
penting dalam pembangunan negara. Ini dapat dilaksanakan
dengan pelbagai cara seperti melanjutkan pelajaran, melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti yang tiada kaitan unsur politik, ataupun berkhidmat
kepada masyarakat.
6. Berdikari
Undang-undang Pengakap yang
kesebelas yang dicatatkan, iaitu “Seorang
Pengakap itu bukannya bodoh”. A Scout is not a fool. Dalam latihan Pengakap Kelana, seseorang itu diwajibkan memperoleh tabiat berdikari dan dipastikan supaya menjalankan
tugas-tugasnya dengan seberapa daya upaya yang boleh.
7. Perlindungan
Alam Semulajadi
Dengan pembangunan yang pesat, kita
kehilangan sebahagian daripada alam semula jadi kita. Alam semula jadi adalah
tempat di mana aktiviti-aktiviti berpengakap
dijalankan. Dengan kesedaran ini, Pengakap Kelana diharapkan memainkan peranannya untuk melindungi
alam semula jadinya dengan sebaik mungkin.
PRINSIP PENGAKAP KELANA
PRINSIP PENGAKAP KELANA
Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) adalah sebuah
badan sukarela yang diperbadankan di bawah Akta Parlimen 38, 1968, Akta
(Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia. PPM terbuka kepada semua tanpa mengambil kira perbezaan
agama, bangsa atau kepercayaan, dalam erti kata bersesuaian dengan prinsip dan pegangan yang diutarakan oleh pengasasnya, Lord Baden-Powell.
Pengakap Kelana bukan sahaja satu program yang
meluas dan berfaedah, tetapi ia adalah jalan kehidupan yang lebih sihat.
Matlamat Persekutuan Pengakap Malaysia adalah untuk membina semangat kerakyatan dan menggalakkan pembangunan
fizikal, mental, sosial dan semangat golongan muda supaya mereka dapat
memperoleh kedudukan yang baik sebagai
anggota masyarakat tempatan, kebangsaan dan juga antarabangsa. Pengakap Kelana cuba untuk membantu mengenali
peranan yang boleh dimainkan dalam masyarakat. Ia juga menggalakkan ahlinya
untuk menjadi jujur pada diri sendiri dan turut bertanggungjawab kepada
dunia sekeliling.
Dasar Pengakap adalah sebagaimana yang telah diperkenalkan oleh pengasasnya, iaitu PENGAKAP harus berkhidmat demi
Tuhan, bertindak dengan mengambil kira apa yang perlu dan menggunakan kebolehan
untuk kebaikan diri sendiri dan
keluarga, serta masyarakat di mana mereka tinggal. Terdapat tiga prinsip yang dijelaskan daripada kod yang dipimpin
di mana sifat-sifat ahli dalam gerakan
adalah berpandukan kepada: kewajipan kepada Tuhan; kewajipan kepada
semua; dan kewajipan kepada diri sendiri.
Gerakan Pengakap Kelana adalah bahagian dewasa di mana ia adalah satu proses eksplorasi diri di dalam
penyesuaian dengan tujuan serta prinsip gerakan. Dasar ini dibentuk dalam Persetiaan Pengakap dan
Undang-Undang Pengakap.
Untuk menjadi seorang Pengakap Kelana, Persetiaan Pengakap hendaklah dilaksanakan. Apabila membuat sesuatu, Pengakap Kelana hendaklah menyumbangkan kepada dasar ini. Walau bagaimanapun, Pengakap Kelana bukanlah bersifat keagamaan. Ia memberi galakan untuk membuat sesuatu kerja dengan idea sendiri dan konsep ketuhanan masing-masing, di dalam erti kata yang luas tentang Persetiaan dan Undang-undang Pengakap supaya idea itu dapat dijadikan suatu tindakan.
Untuk menjadi seorang Pengakap Kelana, Persetiaan Pengakap hendaklah dilaksanakan. Apabila membuat sesuatu, Pengakap Kelana hendaklah menyumbangkan kepada dasar ini. Walau bagaimanapun, Pengakap Kelana bukanlah bersifat keagamaan. Ia memberi galakan untuk membuat sesuatu kerja dengan idea sendiri dan konsep ketuhanan masing-masing, di dalam erti kata yang luas tentang Persetiaan dan Undang-undang Pengakap supaya idea itu dapat dijadikan suatu tindakan.
Selain daripada itu, Program Latihan Pengakap
Kelana wujud untuk mengukuhkan
dasar pergerakan Persekutuan Pengakap Malaysia agar ia selari dengan dasar dan aspirasi Negara Malaysia. Rukun Negara
telah dijadikan sebagai panduan dan pedoman yang dipegang selari
bersama-sama dasar, tujuan dan prinsip berpengakap.
Rukun Negara
MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Persetiaan Pengakap
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia
yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan:
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut Undang-Undang Pengakap
Menolong orang pada setiap masa
Menurut Undang-Undang Pengakap
Undang-Undang Pengakap
1.
Pengakap
adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
2.
Pengakap
adalah seorang yang taat kepada Yang diPertuan Agong serta
Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin Pengakap, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya.
Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin Pengakap, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya.
3.
Pengakap
wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
4.
Pengakap
adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada Pengakap lain walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
5.
Pengakap
adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
6.
Pengakap adalah baik dan
kasih
kepada segala binatang.
7.
Pengakap adalah seorang
yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, Ketua Patrolnya atau
Pemimpin-pemimpin Pengakapnya tanpa apa-apa soalan.
8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masa kesusahan.
9. Pengakap adalah jimat dan cermat.
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan
perbuatannya.
SEJARAH RINGKAS PENGAKAP KELANA
Pengakap Kelana telah diwujudkan kerana terdapat
permintaan untuk penubuhannya oleh para belia. Aktiviti Pengakap dimulakan oleh Lord Baden-Powell (BP) sebagai
persediaan pengalaman dalam latihan kepimpinan dan sebagai inisiatif untuk Pengakap
darat di India dan Afrika semasa zaman perang.
Selepas melalui Perang Boer di Afrika Selatan, BP telah menulis semula buku
panduan latihan melalui pengalamannya untuk kanak-kanak lelaki dan bercadang
untuk menggunakannya dalam organisasi seperti Boys Brigade. Untuk
menguji penyampaian idea di dalam buku tersebut, BP telah mengadakan satu perkhemahan percubaan bersama 20
orang kanak-kanak lelaki di Pulau
Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Perkhemahan tersebut telah membuahkan kejayaan dan
dipertimbangkan untuk menjadi permulaan kepada kegiatan berpengakap.
Buku panduan yang bertajuk ’Scouting for Boys’ itu
telah diterbitkan pertama kalinya pada
bulan Januari 1908. Buku tersebut mendapat sambutan daripada sebahagian
kanak-kanak lelaki serta sebilangan kecil kanak-kanak perempuan dan dengan segera meletakkan idea BP
sebagai sesuatu yang amat praktikal dan sangat
wajar. Mereka membentuk patrol mereka sendiri dan kemudian menyedari keperluan
bantuan daripada golongan yang lebih dewasa, lalu mereka melantik ketua sendiri daripada kalangan individu yang lebih dewasa.
Pergerakan Pengakap berkembang dengan cepat dari
Britain ke negara-negara lain.
Pengakap telah diwujudkan di Malaysia pada tahun 1908, selepas ia diasaskan di Britain. Pasukan Pengakap
pertama, ditubuhkan di Singapura pada tahun 1910 oleh Sir Frank Cooper Sands. Bermula dari situ, pergerakan Pengakap berkembang ke
Semenanjung Tanah Melayu.
Pada hari ini, pergerakan Pengakap telah kekal di
lebih 200 buah negara di dunia dengan keahliannya
melebihi 28 juta orang. Tahun 1990 melihatkan kemunculan Pengakap di kebanyakan negara Eropah Timur
selepas terdapat jurang selama 40 tahun, sekali lagi
memaparkan Pengakap sebagai gerakan antarabangsa
seluruh dunia.
Oleh sebab kegiatan berpengakap semasa peringkat awal penubuhannya lebih
tertumpu pada golongan kanak-kanak dan remaja, ahli-ahli Pengakap lama yang ingin terlibat semula dalam
kegiatan-kegiatan Pengakap telah mencadangkan supaya ditubuhkan satu kumpulan
bagi ahli dewasa yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan mereka. Pada tahun
1917, Pengakap Kelana (Rover Scouts) dengan rasminya dilancarkan di United Kingdom dengan nama Pengakap Senior (Senior Scouts).
Walau bagaimanapun, pada tahun 1918, nama ini telah
ditukar menjadi Pengakap Kelana.
Pada tahun 1922, BP telah menulis dan menerbitkan
sebuah buku Rovering to Success sebagai panduan untuk Pengakap
Kelana. Di dalamnya, beliau
membentangkan tujuan dan matlamat Pengakap Kelana
dan menggambarkan jalan ke arah kehidupan yang dilihat beliau sebagai panduan
untuk pemuda-pemuda mengikuti keadaan semasa. Pada
tahun 1931, Perkhemahan Kelana Sedunia (World Rover Scout Moot) yang
pertama telah diadakan di Kandersteg, Switzerland. Perkhemahan ini telah
dihadiri oleh 3000 ahli Pengakap Kelana dan keputusan untuk menerima Pengakap
Kelana sebagai pergerakan seluruh dunia telah dicapai semasa perkhemahan ini.
Tahun 1975 memperlihatkan pembangunan yang pesat
dalam Pengakap Kelana apabila keahlian dibuka kepada wanita muda di Malaysia.
Ini telah diikuti dengan keputusan yang sama bagi bahagian Pengakap Remaja dan
disambung kepada bahagian Pengakap Muda dan bahagian Pengakap Kanak-Kanak.
Tuesday, 21 August 2012
Program Kursus Manik Kayu Bagi Pengakap Kelana
© Persekutuan Pengakap Malaysia
Cetakan Pertama 2009
Pengakap Kelana yang telah diiktiraf perlu mengambil
beberapa peringkat latihan secara individu atau
berkumpulan sama ada formal atau tidak formal. Anugerah BP diberikan kepada
Pengakap Kelana yang mengambil bahagian dalam sesuatu rancangan
dengan latihan dalam kawasan yang meliputi “Aim
of Association”. Pengakap Kelana yang mempunyai keinginan untuk
memegang jawatan seperti Ketua Kelana ataupun wakil di peringkat daerah atau
negeri sepatutnya berusaha untuk
melengkapkan Kursus Manik Kayu bagi Pengakap Kelana.
Seorang Ahli Kelana yang berumur kurang dari 25 tahun hendaklah mendapatkan
Anugerah B-P. Ahli Kelana yang hendak mendapatkan Manik Kayu (2 butir) mestilah
mempunyai kumpulan sendiri sama ada sebagai Penolong Pemimpin ataupun Pemimpin
mana-mana Unit.
Ahli Kelana yang berumur kurang dari 25 tahun dan ingin mendapatkan Manik Kayu
(2 butir) hendaklah lulus 2 Lencana Wajib Pengakap Kelana.
(2 butir) hendaklah lulus 2 Lencana Wajib Pengakap Kelana.
PENUBUHAN KUMPULAN PENGAKAP KELANA
- RUJUKAN BUKU PANDUAN PENGAKAP KELANA KELUARAN © Persekutuan Pengakap Malaysia Cetakan Pertama 2009
Sebuah Krew Pengakap Kelana adalah sekumpulan belia
berumur di antara
18 hingga 40 tahun yang mempunyai minat yang sama. Terdapat 6 jenis Krew Pengakap Kelana yang berlainan di mana kesemuanya boleh ditubuhkan di bawah Dasar Pertubuhan Peraturan (DPP) Persekutuan Pengakap Malaysia. Semua krew adalah didaftarkan di bawah Negeri kecuali Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM). Krew-krew tersebut adalah:
18 hingga 40 tahun yang mempunyai minat yang sama. Terdapat 6 jenis Krew Pengakap Kelana yang berlainan di mana kesemuanya boleh ditubuhkan di bawah Dasar Pertubuhan Peraturan (DPP) Persekutuan Pengakap Malaysia. Semua krew adalah didaftarkan di bawah Negeri kecuali Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM). Krew-krew tersebut adalah:
1. Krew Pengakap Kelana
dalam Kumpulan
Kumpulan ini didaftarkan sebagai
Unit Kanan (dewasa) bagi sesuatu kumpulan
untuk menyempurnakan struktur keluarga kumpulan tersebut tanpa menggunakan
nama kumpulan. Ketua dan Penasihat Krew akan mewakili Krew di dalam
majlis kumpulan.
untuk menyempurnakan struktur keluarga kumpulan tersebut tanpa menggunakan
nama kumpulan. Ketua dan Penasihat Krew akan mewakili Krew di dalam
majlis kumpulan.
2. Krew Pengakap Kelana
Tempatan (Kumpulan Terbuka)
Didaftarkan sebagai satu kumpulan
berasingan. Krew ini tidak mempunyai jawatankuasa kumpulan dan
ahli-ahlinya mendapat sumbangan dengan usaha sendiri.
3. Krew Pengakap Kelana
Daerah
Sebuah Krew Pengakap Kelana Daerah
adalah ditubuhkan dengan cara yang sama seperti sebuah Krew
terbuka tempatan.
4. Krew Kumpulan Latihan
Kelanasiswa Malaysia (KLKM)
Krew ini ditubuhkan di institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan. Disifatkan sebagai satu
kumpulan di bawah unit KLKM (Negeri). Penasihat
adalah seorang ahli atau kakitangan institusi berkenaan sama ada kakitangan akademik mahupun kakitangan bukan
akademik. Krew KLKM ditubuhkan dengan polisi unit KLKM.
5. Krew Pengakap Kelana
Aktiviti Istimewa
Krew ini ditubuhkan sebagai krew
terbuka bertujuan untuk memberi peluang
kepada ahli kumpulan yang berminat menjalankan aktiviti secara berkumpulan
seperti
rock climbing, abseiling, caving, scuba diving, marathon dan lain-lain.
rock climbing, abseiling, caving, scuba diving, marathon dan lain-lain.
6. Krew Perkhidmatan
Ditubuhkan untuk satu masa yang ditetapkan bagi membantu
dalam aktiviti besar yang dianjurkan oleh
negara atau negeri. Krew ini dibuka kepada
semua ahli Pengakap Kelana. Krew ini boleh ditubuhkan untuk menjalankan perkhidmatan bagi sesebuah ibu pejabat
atau tempat perkhemahan. Krew tersebut adalah tertakluk di bawah negara
atau negeri dan mempunyai peraturan tertentu.
Saturday, 18 August 2012
Wednesday, 15 August 2012
Program Jelajah Jejak kemiskinan Edisi Kedua Kota Kuala Muda Kedah
Pada 15 Ogos 2012 telah diadakan Program Jelajah Jejak Kemiskinan di Kampung Masjid (Thunami) Kota Kuala Muda oleh Pasukan Pengakap Kelana A Kuala Muda
Subscribe to:
Posts (Atom)