Sunday, 4 March 2012

Lawatan Tapak (untuk program JEJAK KEMISKINAN)

AJK Kelana A Kuala Muda telah mengadakan lawatan tapak ke Lokasi Program Jejak Kemiskinan Anjuran Bersama Kelana Kuala Muda dan Yayasan Salam Malaysia  di Kampung Simpang Tiga Pasir, Merbok yang akan diadakan pada 24 Mac 2012 Sabtu.  Pemilihan rumah adalah mengikut kreteria Keluarga kurang berkemampuan, Ibu tungal, Ahli keluarga yang mempunyai penyakit yang tidak dapat menangung keluarga, keluarga yang mempunyai anak atau ahli keluarga OKU. Bagi yang ingin memberi Sumbangan boleh lah disalurkan kepada Kelana Kuala Muda atau Yayasan Salam Malaysia. 

Antara sumbangan yang di terima Makanan Kering, Pakaian, Peralatan Gotong Royong, Cat rumah dan lain-lain lagi. SATU SUMBANGAN SEJUTA KERIANGAN....










Maklumat lanjut sila hubungi 0146309162 / 0134793799 Krew Able Rovers.
Program ini adalah salah satu silibus Skim Kemahiran Pengakap Kelana untuk Lencana Perkhidmatan.
antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang aktiviti ini ialah
- Gotong Royong membersih kawasan rumah dan mengecat
- Menyediakan makan tengah hari secara gotong royong
- Sesi beramah mesra antara Kelana, Yayasan Salam dan  Penduduk Kampung
- Penyampaian sumbangan dari Yayasan Salam
- dan lain-lain lagi....