Sunday, 25 March 2012

PROGRAM JEJAK KEMISKINAN

Pada 24 Mac 2012 telah diadakan Program Jejak Kemiskinan di Kampung Pasir Merbok Kedah, Program ini di anjurkan oleh Kelana A Kuala Muda dan Yayasan Salam Malaysia. Program ini disertai seramai 100 orang peserta terdiri dari ahli kelana A, Yayasan Salam, KLKM KUIN, Pelajar UUM dan Cosmopoint SP.









Sunday, 18 March 2012

MAJLIS PERTAULIAHAN KETUA PESURUHJAYA NEGERI

Pada 17 Mac 2012 telah diadakan Majlis Pertauliahan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri yang diadakan di IYC Ceras.






Thursday, 15 March 2012

PERKHEMAHAN PERKHIDMATAN KLKM KUIN

Pada 8 sehingga 10 Mac 2012 telah diadakan Perkhemahan Perkhidmatan KLKM KUIN di Kem Paya Pahlawan Jitra Kedah. Seramai 12 orang ahli kelana A Kuala Muda terlibat sebagai pembimbing perkhemahan berkenaan.









JOM SERTAI PROGRAM JEJAK KEMISKINAN


Sunday, 4 March 2012

Lawatan Tapak (untuk program JEJAK KEMISKINAN)

AJK Kelana A Kuala Muda telah mengadakan lawatan tapak ke Lokasi Program Jejak Kemiskinan Anjuran Bersama Kelana Kuala Muda dan Yayasan Salam Malaysia  di Kampung Simpang Tiga Pasir, Merbok yang akan diadakan pada 24 Mac 2012 Sabtu.  Pemilihan rumah adalah mengikut kreteria Keluarga kurang berkemampuan, Ibu tungal, Ahli keluarga yang mempunyai penyakit yang tidak dapat menangung keluarga, keluarga yang mempunyai anak atau ahli keluarga OKU. Bagi yang ingin memberi Sumbangan boleh lah disalurkan kepada Kelana Kuala Muda atau Yayasan Salam Malaysia. 

Antara sumbangan yang di terima Makanan Kering, Pakaian, Peralatan Gotong Royong, Cat rumah dan lain-lain lagi. SATU SUMBANGAN SEJUTA KERIANGAN....










Maklumat lanjut sila hubungi 0146309162 / 0134793799 Krew Able Rovers.
Program ini adalah salah satu silibus Skim Kemahiran Pengakap Kelana untuk Lencana Perkhidmatan.
antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang aktiviti ini ialah
- Gotong Royong membersih kawasan rumah dan mengecat
- Menyediakan makan tengah hari secara gotong royong
- Sesi beramah mesra antara Kelana, Yayasan Salam dan  Penduduk Kampung
- Penyampaian sumbangan dari Yayasan Salam
- dan lain-lain lagi....

Saturday, 3 March 2012

ABLE ROVERS PENEROKA PERUBAHAN



SALAM PENGAKAP. PENDAFTARAN PENGAKAP KELANA A ABLE ROVERS MASIH DIBUKA SEHINGGA 22 MAC 2012. BERMINAT SILA HUBUNGI KREW ABLE ROVERS UNTUK PENDAFTARAN Mohd HarisIsma ZakariaM Izan MansorGemini ZaHafiz Safwan.. PELBAGAI AKTIVITI MENANTI ANDA...

"KELANA SEDIA BERKHIDMAT"

JOM SERTAI ECROM

JOM SERAI ECROM

Sila lawati dan sertailah bersama-sama kami "East Coast Rover Moot" di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Terengganu. Banyak aktiviti-aktiviti yang menarik dan mencabar fizikal dan mental anda. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Dan juga banyak pertandingan-pertandingan yang akan diadakan. 


Pre ECROM -> 5-7 April 2012
2nd ECROM -> 13-16 September 2012

Dapatkan maklumatnya di sini dan sertailah bersama kami. Jom kita semua memeriahkan Program East Coast Rover Moot.
Sila lawati : http://ecrom2.blogspot.com/

SEJARAH AWAL



Powel ialah bekas anggota tentera berpangkat Leftenan Jeneral. Selepas penubuhan Pergerakan Pengakap, beliau memperkenalkan Pandu Puteri (“Girl Guides“) pada tahun 1910 dengan bantuan saudara perempuannya, Agnes Baden-Powell. Pada tahun 1910, Pergerakan Pengakap bermula di Malaysia.
Sekumpulan kecil Kumpulan Pengakap ditubuhkan pada tahun 1908 diberikan hak memakai saputangan hijau sebagai penghormatan keahlian mereka bagi kumpulan perintis.
Pergerakan Pengakap merebak ke seluruh United Kingdom tidak lama selepas penerbitan Scouting For Boys. Pergerakan Pengakap dengan pantas menjadi organisasi tersendiri. Pergerakan Pengakap berjalan dengan pantas ke seluruh Empayar British. Unit luar yang pertama disah dan dicatatkan (chartered) di Malta. Benih Pengakap bermula di Mafeking, Afrika Selatan, di mana Baden Powell berkhidmat sebagai pegawai pemerintah ketika Perang Boer 1899 – 1902. Baden-Powell mempertahankan bandar tersebut daripada Boers (Afrikaner), yang berganda lebih besar jumlahnya berbanding anggotanya pada nisbah lapan kepada satu. Dia membentuk Kor Kadet Mafeking untuk membantu menyokong anggota tentera. Kor tersebut dianggotai sepenuhnya oleh sukarelawan remaja lelaki. Baden-Powell melatih pemuda tersebut dan mereka membuktikan diri mereka dengan baik, membantu mempertahankan bandar tersebut dengan jayanya (1899 – 1900). Setiap anggota Kor Kadet menerima lencana, gabungan titik kompas dan kepala lembing. Logo ini akhirnya menjadi fleur-de-lis, yang diambil Pengakap sebagai simbol antarabangsanya.
Batu peringatan di Pulau Brownsea, Pelabuhan Poole, England, memperingati kem Pengakap pertama.
Hasil daripada statusnya sebagai wira antarabangsa, didapati hasil daripada usaha gigihnya mempertahankan Mafeking ketika Pengepungan Mafeking “Siege of Mafeking”, manual latihan tentera Baden-Powell, Aids to Scouting (Bantuan kepada Pengakap) (ditulis pada 1899) menjadi jualan utama dan digunakan oleh guru dan organisasi remaja.
Pada 1906, Ernest Thompson Seton menghantar satu salinan bukunya kepada Baden-Powell berjudul The Birchbark Roll of the Woodcraft Indians (Gelong Kulit kayu Birch mengenai Seni Rimba Indian). Seton, berbangsa Kanada kelahiran British tinggal di Amerika Syarikat, kemudiannya bertemu Baden-Powell dan mereka berkongsi idea mengenai program latihan remaja.
Baden-Powell digalakkan untuk menulis semula Aids to Scouting untuk pembaca muda. Pada 1907 Baden-Powell telah menyiapkan draf bertajuk Boy Patrols. Pada tahun yang sama, untuk menguji sebahagian ideanya, Baden-Powell telah mengumpulkan 22 orang budak lelaki dari latar belakang sosial yang berlainan dan mengadakan perkhemahan selama seminggu, bermula 29 Julai, di Pulau Brownsea di Poole Harbour,Dorset, England. Kaedah organisasinya, sekarang dikenali sebagai Kaedah Patrol “Patrol Method”, merupakan kunci kepada kaedah Pengakap, membenarkan kanak-kanak lelaki untuk menyusun diri mereka dalam kumpulan kecil dengan Ketua Patrol yang dilantik. Pada musim luruh 1907, selepas menerbitkan draf bukunya dan ekspedisi perkhemahan yang berjaya, Baden-Powell memulakan lawatan ceramah yang intensif yang diatur oleh penerbit bukunya, Pearsons, untuk mempromosi bukunya yang akan datang. Bermula Januari 1908 penerbitan pertamanya muncul sebagai enam ansuran dalam majalah budak lelaki yang diterbitkan dua kali sebulan.
Bahagian tersebut kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku sebagai Scouting for Boys (Pengakap untuk Budak-budak Lelaki), pada masa sekarang dianggap sebagai edisi pertama Boy Scout Handbook (Buku Rujukan Pengakap). Pada masa itu Baden-Powell bermaksud buku tersebut akan memberikan idea untuk pertubuhan sedia ada, khususnya Boys’ Brigade. Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki membentuk patrol Pengakap secara spontan dan membanjiri Baden-Powell dangan permohonan untuk bantuan. Dengan cara ini pergerakan Pengakap muncul tanpa disengajakan dan terbentuk disebabkan pergerakkannya sendiri. Ketika Pergerakan Pengakap berkembang, Unit Pengakap Laut “Sea Scout” dan Pengakap Udara “Air Scout” ditambah kepada pilihan Pergerakan Pengakap. Baden-Powell tidak dapat menasihati kesemua remaja yang meminta bantuannya. Untuk memberikan pimpinan dewasa, latihan diperlukan. Lencana Rimba “Wood Badge” dimajukan untuk mengiktiraf latihan kepimpinan dewasa. Pada tahun 1919 Gilwell Park dibeli sebagai tapak latihan dewasa dan tapak perkhemahan Pengakap. Baden-Powell turut menulis buku untuk membantu pemimpin yang berjudul Aids to Scoutmastership (Panduan untuk Kemahiran Berpengakap).
F.M.C Baden Powell, adik kepada BP memperkenalkan Pengakap Udara menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini ia membantu England dalam kempen Battle of Britain.
Warrington Baden Powell, abang kepada BP memperkenalkan Pengakap Laut menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini juga membantu England menjaga dan memerhati diperairan lautnya dengan bantuan unit tentera lautnya diperbatasan menjelang Perang Dunia Pertama

dipetik dari laman http://www.keramat.klscout.org/

BELIA BERPESATUAN


Bagi menjayakan hasrat kerajaan menggalakkan  lebih ramai lagi belia berpersatuan, ayuh sertai kami di PASUKAN PENGAKAP KELANA A KUALA MUDA (ABLE ROVERS)

KEILMUAN, KEMASYARAKATAN, KESUKARELAAN.

Thursday, 1 March 2012

Jamuan Hari Raya

Krew ABLE ROVERS telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri  di Pejabat Kelana A Kuala Muda.




Malam Unggun Api

Pasukan Pengakap Kelana A Kuala Muda telah mengadakan Majlis Malam Unggun Api dan Jamuan Akhir Tahun.